Dewan Pemuda PAS Pasir Mas

July 11, 2008

Siapa Yang Berhak Ganti PAk Lah?

Filed under: Rencana — Tags: , — muhammadhanif @ 4:15 am

Salam Perjuangan…

Semalam, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan tarikh peralihan kuasa kepada Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak iaitu pada pertengahan tahun 2010 termasuk presiden parti. Beliau mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan taklimat khas bersama Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Agak lama masanya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh 2 tahun. Mungkin juga Abdullah masih tercari-cari bakal pemimpin yang lebih layak menggantikannya selain dari Najib walaupun Najib telah dicanang bagi menggantikannya. Mungkin Mahyudin Yasin yang lebih bersih dari mana-mana Ahli MT UMNO yang lain. Ada kemungkinan juga perkara ini akan berlaku.

Kalau kita ambil kira teori RAHMAN, pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri yang ke-6 bagi menggantikan Abdulah adalah sama ada Najib yang diwar-warkan sekarang ataupun beralih arah kepada YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz. Semua ini tidak mustahil akan berlaku.

(more…)

June 30, 2008

Pendekatan Islam Dalam Menangani Pertuduhan Liwat

Filed under: Statement — ahmadfadhli @ 12:48 am

 30 Jun 2008 – Pendekatan Islam disyorkan di dalam menangai kes dakwaan liwat yang dibuat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantunya. Ini kerana, tidak ada sistem yang lebih adil dan telus kecuali apa yang diajar oleh Islam, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Mohd Suazhar Abdullah.

 

Menurutnya, Islam telah mengajar mana-mana pertuduhan yang melibatkan kes zina termasuk juga lilwat hendaklah dikemukakan empat orang saksi yang adil dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri peristiwa itu berlaku. Ini jelas melalui maksud firman Allah SWT di dalam Surah an-Nur ayat 4 : “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

(more…)

June 29, 2008

PAS Sahajakah Perlu Terbuka?

Filed under: Rencana — ahmadfadhli @ 7:20 am

oleh : AHMAD FADHLI BIN SHAARI

 

Tulisan Zulkiflee Bakar hari ini di dalam Mingguan Malaysia (sumber) amat menarik untuk diulas. Wartawan ni yang saya rasa pandai bermain emosi dan lengguk bahasa sekali lagi menulis memperlihatkan keikhlasannya yang cukup mendalam untuk melihat terhasilnya perpaduan Melayu-Islam. Sekali lagi, beliau memberikan nasihat yang cukup bernas untuk PAS agar menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi ketuanan Melayu Islam. Indah sungguh bahasa seperti ini disulam pula dengan kebimbangan kononnya ketuanan Melayu (ketuanan UMNO?) sedang tergugat hebat.

 

Zulkiffle di dalam tulisannya mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan beberapa hari lepas yang menurutnya telah menutup pintu kerjasama dengan UMNO. Baginya, ini adalah pandangan yang tertutup dan akhirnya akan merugikan bangsa Melayu Islam di Malaysia. Menurut Zulkiflee, hanya PAS dan UMNO sahaja boleh diharapkan sebagai penyatu bangsa Melayu, berbanding PKR yang katanya rela menggadaikan masa depan bangsa demi kepentingan politik.

  (more…)

June 25, 2008

Barisan Nasional Sememangnya Menjunjung Budaya ‘Membeli’ - Ketua DPPKPM

Filed under: Statement — ahmadfadhli @ 1:18 am

25 Jun 2008 –Barisan Nasional tidak boleh menafikan bahawa mereka bertanggungjawab dalam menyuburkan budaya ‘membeli-belah’ undi di negara ini. Ini dilakukan dengan menggunakan projek serta habuan wang ringgit khususnya setiap kali menjelang pilihanraya, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Saudara Rozi Muhammad.

 

Beliau mengeluarkan pandangan demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini yang menegaskan ahli politik di negeri tersebut bukan bahan untuk dijual beli seperti ‘menjual kambing di pasar’. Taib membuat kenyataan tersebut berikutan desas-desus beberapa ahli parlimen dari Sarawak akan ‘dibeli’ untuk menyertai Pakatan Rakyat.

 

“Kita bersetuju dengan pandangan bahawa ahli parlimen bukanlah untuk dijual beli, tetapi bagaimana dengan trade mark Barisan Nasional selama ini yang hanya tahu menggunakan kuasa duit untuk menagih undi. Pelbagai projek dan janji ditabur menjelang pilihanraya, tetapi setiap kali selepas pilihanraya, rakyat akan terus menderita dengan kenaikan harga barang dan sebagainya,” ujarnya.

  (more…)

June 24, 2008

Tahniah kepada Harakah

Filed under: Statement — ahmadfadhli @ 5:23 am

24 Jun 2008 – Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas (DPPKPM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan Lembaga Pengarah Harakah yang berjaya di dalam permohonan untuk mendapatkan semula permit penerbitan dua kali seminggu dari Kementerian Dalam Negeri semalam. Kejayaan ini diharapkan memantapkan lagi sistem penyampaian maklumat dari pucuk pimpinan khususnya kepada ahli-ahli parti peringat bawahan, kata Timbalan Ketua DPPKPM, Ustaz Muhammad Hanif Wan Ahmad.

 

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan dari Malaysiakini yang menyiarkan pengesahan dari Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman terhadap kejayaan ini. Ahmad Lutfi dilaporkan menyambut baik keputusan kerajaan tersebut.

  (more…)

June 23, 2008

Rehlah Ke Tasik Kenyir

Filed under: Buletin — ahmadfadhli @ 5:41 am

20 - 21 Jun 2008 - Dewan Pemuda PAS Pasir Mas telah mengadakan rehlah ke Tasir Kenyir yang disertai oleh ahli-ahli jawatankuasanya. Rehlah yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim itu digunakan sebagai peluang untuk melakukan perbincangan bagi memantapkan gerak kerja DPPKPM khususnya selepas pilihanraya umum ke 12. Rombongan yang diketuai oleh Ketua DPPKPM, Saudara Rozi Muhammad itu adalah merupakan program julung kali sepertinya yang diadakan sesi ini dan menurut Rozi, ia akan dirancang pula untuk masa-masa yang akan datang.

June 22, 2008

Pas Tidak Pernah Menggadaikan Prinsip!

Filed under: Rencana — ahmadfadhli @ 4:46 am

oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

 

Saya membaca satu persatu tulisan Zulkiflee Bakar hari ini di dalam Mingguan Malaysia. Tulisan yang bertajuk Pas berubah atau keliru? jelas sekali menampakkan penulisnya yang sedang keliru atau sedang cuba mengelirukan orang lain. Dilihat kepada latar belakang penulis ini, tidak peliklah apabila gaya tulisan masih lagi menampakkan kehendak mengampu pimpinan UMNO yang sudahpun berada di talian hayat yang terakhir.

 

Satu perkara yang sangat-sangat pelik ialah apabila orang seperti Zulkiflee ini seringkali meletakkan beban untuk bersuara tentang Islam kepada PAS. Adakah tanggungjawab menyatakan kebenaran ini hanya kerja orang-orang PAS? Lantas peranan mereka sendiri di mana? Itulah juga yang berlaku di Selangor apabila UMNO mendesak Datuk Dr Hassan Ali menyatakan pendirian mengenai konsert Ella dan Mas Idayu, lalu pendirian mereka apa dia?

(more…)

June 21, 2008

Tindakan BPR Tidak Matang – Ketua Penerangan DPPKPM

Filed under: Statement — ahmadfadhli @ 4:00 pm

21 Jun 2008 – Tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mengumumkan siasatan ke atas Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee adalah merupakan satu tindakan yang tidak matang dan memperlihatkan hakikatnya sebagai alat kerajaan UMNO/BN. Ini kerana tindakan tersebut dilakukan hanya setelah Yong Teck Lee mengumumkan akan ketidakyakinan partinya terhadap kepimpinan Pak Lah, kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM), Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang dilaporlkan berkata, siasatan akan dibuat ke atas Teck Lee berasaskan satu kenyataan mengenai pembabitannya dalam satu perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

(more…)

June 17, 2008

Murnikan Pandangan Terhadap Islam

Filed under: Rencana — ahmadfadhli @ 3:44 pm

oleh Ahmad Fadhli bin Shaari

Telah berkata Saudara Roslan Aziz seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini : “Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget..”

          Khabarnya komen ini lahir apabila Dewan Pemuda PAS Selangor bertindak menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor membantah konsert Mas Idayu dan Ella yang dirancangkan akan diadakan di Selangor. Lalu lahirlah komen-komen pedas dari aktivis-aktivis seni kononnya tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor sebagai tindakan yang keterlaluan.

          Perlu difahami bersama, PAS selamanya merupakan parti Islam. Agenda Islam tidak pernah digugurkan dari matlamat perjuangan PAS. Bahkan konsep negara berkebajikan yang dijadikan sebagai manifesto pilihanraya umum ke 12 yang lalu sama sekali tidak menafikan perjuangan Islam PAS.

(more…)

Pimpinan DPPKPM Menziarahi YB Drs Zainuddin

Filed under: Buletin — ahmadfadhli @ 4:52 am

17 Jun 2008 – Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas (DPPKPM) telah mengetuai rombongan DPPKPM menziarahi YB Drs Zainuddin Awang Hamat, ADUN Limbongan hari ini. Beliau yang kini berehat di Wad 10, bilik A01, Hospital Perempuan Zainab II Kota Bharu dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu setelah rebah semasa merasmikan satu program di Dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan. YB Drs Zainuddin dilihat semakin ceria dan dijangka akan keluar dari wad beberapa hari lagi. Pihak DPPKPM mendoakan agar beliau diberikan kekuatan untuk terus menabur bakti kepada agama dan masyarakat.

Newer Posts »

Powered by WordPress